Followers

Tentang Diriku


   Tarikh 5 April 1993 merupakan tarikh teragung dimana lahirnya seorang insan yang bernama Mohd Fahmy Bin Mahmur di Kg. Cenderakasih,Kota Kinabalu,Sabah. Suatu masa dahulu insan ini mulai menjejakkan kaki ke alam persekolahan di SRK St. Agnes. Kemudian,barulah melangkah ke sekolah beraliran agama yang merupakan tempat kudipupuk sebagai orang agama iaitu di SMKA Tun Datu Mustapha. Setelah 5 tahun mengalami pelbagai pengalaman suka dan duka di sekolah kesayanganku itu,aku menyambung misi dalam menuntut ilmu di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah,namun tidak lama,hanya 2 bulan sahaja. Akhirnya,mendapat tawaran ke Jordan dalam bidang Syariah di Universiti Mu'tah dan di sinilah destinasi pengajianku sekarang dalam bidang ijazah. Saya hanyalah insan biasa,yang seringkali lalai dengan kemewahan dunia,namun,akanku perbaiki diriku ini dari semasa ke semasa. Saya seorang yang simple,mesra,periang,dan suka senyum. Sebaiknya,anda follow lah blog saya. Saya tidak menjanjikan apa-apa keistimewaan dalam blog saya,namun cukuplah sebagai satu perkongsian antara kita.. ^_^


No comments:

Post a Comment