Followers

Thursday, January 12, 2012

Kisah peperangan Mu'tah

Pada post kali ini fuhaimi nak ceritakan kepada sahabat-sahabat fuhaimi mengenai peperangan Mu'tah. Mu'tah inilah tempat fuhaimi belajar sekarang ni. Mu'tah adalah satu pekan kecil berdekatan dengan kota Karak(tak lah dekat sangat). Dan di pekan kecil inilah pernah terukir sejarah yang besar dan amat bermakna dalam sejarah Islam.
          Peperangan ini amat istimewa sedikit kerana Rasulullah s.a.w tidak menyertai peperangan ini namun umat Islam mampu mengalahkan tentera kuffar.Tambahan lagi,umat Islam mampu mengalahkan mereka dengan bilangan tentera yang sedikit dengan bilangan tentera Islam sebanyak 3000 orang dan tentera kuffar seramai 200,000 orang. Ini bermakna beza tentera Islam dan tentera kuffar adalah 50x ganda!!! Bayangkan sahabat-sahabat sekalian,bagaimana beza tentera yang begitu ramai mampu menewaskan musuh. 
       Peperangan ini meletus berpunca daripada pembunuhan ke atas utusan Rasulullah s.a.w yang bernama Al-Harith Bin Umair Al-Azdi yang diutuskan kepada Raja Busra yang bernama Sharhabil bin Amru Al-Ghassani(raja Busra ini bernaung dibawah pemerintahan Rom). Rasulullah menghantar Al-Harith kepada Raja Busra adalah untuk memerintahkan Raja Busra dan rakyat-rakyat dibawah pemerintahan Raja Busra untuk memeluk Islam. Namun, Raja Busra enggan dan membunuh Al-Harith. Lebih malang lagi apabila Al-Harith adalah satu-satunya utusan yang terbunuh. Oleh kerana terlalu marahnya kaum Muslimin ketika itu,kaum muslimin pun bersiap sedia untuk menggempur Syam. Begitu cepat sekali terkumpulnya bala tentera Muslimin untuk menyerang Mu'tah.
       Sabda Rasulullah s.a.w kepada tentera-tenteranya: "Amir(ketua) kamu ialah Zaid Bin Harithah. Jika Zaid gugur,maka Jaafar bin Abu Talib lah yang akan menggantikannya. Jika Jaafar gugur,maka Abdullah bin Rawahah lah  yang akan menggantikannya. Jika Abdullah gugur,maka hendaklah kamu pilih orang orang yang kamu suka untuk menjadi ketua kamu"(Hadis Riwayat Bukhari dan Ahmad) Rasulullah s.a.w berpesan kepada tentera-tenteranya supaya menyeru orang-orang Mu'tah kepada Islam tetapi kalau mereka enggan,pohonlah pertolongan kepada Allah dan perangilah mereka. Setelah mereka berlepas dari Madinah,pihak musuh pun mendapat tahu ketibaan mereka. Hiraqla(Hercules) adalah raja Rom dan beliau menghantar lebih daripada 100,000 pejuang daripada Rom,manakala Sharhabil sendiri menghantar 100,000 pejuang daripada qabilah Lukham,Juzam,Al-Qain,dan Bahra. Maka keseluruhan tentera musuh berjumlah 200,000 orang. Apabila berita mengenai bilangan tentera musuh yang begitu ramai telah diketahui tentera muslimin,maka mereka merancang hendak surat kepada Rasulullah mengenai bilangan tentera musuh namun Abdullah ibnu Rawahah menegahnya.
       Kemudian bertemulah tentera-tentera muslimin dengan musuhnya berhampiran Karak. Bertembunglah dua pihak yang tidak seimbang bilangan tentera dan senjatanya. Zaid bin Harithah mengambil bendera dan terus berjuang. Namun,beliau gugur syahid setelah mendapat tikaman daripada pihak musuh.



gambar perkarangan makam Zaid bin Harithah yang terletak di Mazar,berhampiran dengan Mu'tah


Setelah gugurnya Zaid bin Harithah,Jaafar bin Abu Talib pula mengambil bendera dan memimpin bala tentera Muslimin menggantikan Zaid. Dalam pergelutan yang sangat hebat itu,Jaafar turun dari kudanya,dibunuhnya kudanya supaya perjuangannya tidak terganggu. Jaafar menewaskan beberapa orang musuh dan akhirnya gugur syahidlah beliau. Di mayat beliau mempunyai 50 kesan tikaman semuanya di bahagian hadapan.








gambar makam Jaafar bin Abi Talib,disekitar makamnya terdapat bau misk(bau darah kijang) yang teramat wangi. Bau itu dipercayai datang daripada mayat Jaafar sendiri yang berbau wangi





Setelah gugurnya Jaafar,bendera diambil oleh Abdullah ibnu Rawahah dan tibalah masanya untuk Abdullah menggempur tentera musuh habis-habisan. Namun,gugurlah juga akhirnya Abdullah di tangan musuh.






gambar disekitar makam Abdullah ibnu Rawahah,makam ini juga berbau misk(bau darah kijang) yang teramat wangi. Dipercayai bau tersebut datang daripada mayat Abdullah sendiri yang berbau wangi



Selepas itu,tentera muslimin telah melantik Khalid bin Al-Walid menjadi Amir(ketua) dan musuh pun ditewaskan dan Allah tewaskan tentera musuh dan tentera muslimin mendapat kemenangan. Kemenangan ini berlaku apabila Khalid bin Al-Walid mengumpulkan kembali tentera muslimin. Kemudian mereka bermalam dan pada keesokan paginya,Khalid mengubah tindakannya,tentera yang sebelah kirinya disuruh mara ke kanan dan tentera yang di sebelah kirinya disuruh mara ke kanan. Dengan strategi yang dirangka ini,maka tentera musuh menganggap bahawa tentera muslimin telah mendapat bantuan dengan kedatangan tentera baru,kemudian serentak dengan itu diserangnya musuh,dan musuh terpaksa berundur lari. Di sini Khalid tidak mengejar musuh tetapi mengarahkan tentera islam pulang ke Madinah dan di situlah kemenangan yang besar telah tercipta.

Menerusi kisah peperangan ini,fuhaimi nak mengajak sahabat-sahabat fuhaimi untuk berfikir semula bagaimana kemenangan dalam peperangan ini boleh tercipta. Bagaimana para sahabat dapat mengalahkan tentera musuh walaupun Rasulullah s.a.w tidak ada di sisi dan pada masa yang sama mempunyai bilangan tentera muslimin yang terlalu sedikit? Sebenarnya kemenangan besar ini tercipta hasil daripada 'AKIDAH YANG AMPUH LAGI TEGUH'. Kenapa fuhaimi berpendapat sedemikian? Kerana kita boleh lihat para sahabat dapat mengalahkan tentera kuffar tanpa kehadiran Rasulullah di sisi dan apa yang berada di samping para tentera muslimin pada ketika itu adalah hanya doa,tawakkal,dan sikap optimis dalam memburu syahid. Apa yang mereka kejarkan ialah kemewahan akhirat semata-mata,oleh kerana itulah mereka sanggup mengorbankan diri sendiri hanya kerana Allah s.w.t. Adakah kita mampu menandingi iman para sahabat? sudah tentu ianya jauh panggang daripada api. Walaupun kita tidak dapat menandingi iman para sahabat,setidak-tidaknya,kita sentiasa perbaiki amalan dan sentiasa berusaha ke arah sedemikian. Mudah-mudahan penulisan ini bermanfaat kepada sahabat-sahabat fuhaimi sekalian. ^__^ 

No comments:

Post a Comment