Followers

Thursday, January 12, 2012

SAHABAT-SAHABAT YANG DIJANJIKAN SYURGA

 Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. ( Ayat 25 , Surah Al-Baqarah )


      Kali ini fuhaimi nak beritahu kat sahabat-sahabat fuhaimi mengenai sahabat-sahabat nabi yang dijanjikan masuk ke syurga. Nama-nama sahabat ini disepakati oleh para ulama berdasarkan dalil daripada hadis-hadis riwayat Tirmizi. Para sahabat yang dijanjikan masuk syurga terbahagi kepada 4. Berikut adalah nama-nama yang dijanjikan masuk ke syurga secara terperinci:


1)Al-mubasyirin bil jannah:
     

   a) Saidina Abu Bakar As-siddiq
   b) Saidina Umar Al-Khattab
   c) Saidina Uthman bin Affan
   d) Saidina Ali bin Abi Talib
   e) Abdul Rahman bin Auf
    f) Saad bin Abi Waqqas
   g) Abu Ubaidillah bin Al-Jarrah
   h) Said bin Zaid
   i) Zubair Al-Awwam
   j) Tholhah


2)Ashabul Badar(sahabat-sahabat yang menyertai perang badar)


3)Ashabul Uhud(sahabat-sahabat yang menyertai perang Uhud)


4)Ashabu Bai'ati ridhwan(sahabat-sahabat yang menyertai Rasulullah dalam perjanjian Ar-ridhwan iaitu perjanjian yang dimeterai oleh Rasulullah bersama para sahabat di bawah pokok lantaran tersebarnya berita mengenai kematian Saidina Uthman untuk menuntut bela kematian Saidina Uthman sebelum Fathul Makkah,namun berita itu hanyalah palsu semata-mata)


Setakat itu sahajalah fuhaimi menulis untuk kali ni. Kalau tulis panjang-panjang,nanti adalah yang minta fuhaimi buat sinopsis pula dan mengeluhlah. Semoga bermanfaat untuk kita semua. ^_^

No comments:

Post a Comment