Followers

Sunday, March 3, 2013

Ber'Tabayyun' Dalam Khabar Berita

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ ٦

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman,jika datang kepada kamu orang fasik membawa satu khabar berita,maka periksalah dengan telilti agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang 
menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu. (surah Al-hujurat: ayat 6)

Sebab Penurunan Ayat Ini:


Ayat ini diturunkan kepada Al-Walid Bin Uqbah Bin Abi Mu'ayt yang diutuskan oleh Rasulullah s.a.w untuk mengutip zakat di perkampungan Bani Mustaliq. Al-Walid bin Uqbah dahulunya mempunyai dendam dengan kaum bani mustaliq. Kemudian apabila beliau sampai ke perkampungan tersebut,dia mendapati penduduk kampung itu keluar beramai-ramai untuk menunaikan zakat. Al-Walid menyangkakan mereka sudah murtad lalu lari ke Madinah dan menceritakan kepada Rasulullah s.a.w apa yang berlaku. Setelah mendengar berita itu,baginda Rasulullah s.a.w mengarahkan supaya bala tentera Islam menyerang kampung tersebut. Baginda melantik Khalid bin Al-Walid sebagai pemimpin tentera Islam ketika itu. Sesampainya di sana,mereka mendapati penduduk kampung itu menunaikan solat,dan menunaikan zakat. Ternyata mereka tidak murtad sebagaimana yang didakwa oleh Al-Walid. Lalu Khalid Al-Walid dan bala tentera Islam pulang semula ke Madinah bertemu Rasulullah. Kemudian,turunlah ayat ke 6 surah Al-Hujurat ini sebagai teguran dan panduan buat orang beriman supaya MENELITI semula khabar berita yang dibawa oleh orang fasiq.

p/s: kebanyakan mufassirin berpendapat bahawa Al-Walid merupakan seorang yang thiqah(boleh dipercayai) pada awalnya,namun menjadi fasiq kerana pembohongan khabar yang dibawa. Namun secara zahirnya,dia dinamakan fasiq atas kegopohannya dalam membawa khabar berita tanpa penilaian dan beliau bukanlah fasiq secara hakiki.

Pengertian Fasiq:


Orang yang keluar daripada batas agama Islam dan batas-batas syarak seperti orang yang meninggalkan solat,ahli maksiat dan seumpamanya.






Hukum-Hakam Berkaitan Ayat Ini:


1) Di sisi Mazhab Hanafi,TIDAK di terima kesaksian orang fasiq
2) Berdasarkan ayat ini juga,kita tidak digalakkan mempercayai segala khabar berita berita yang dibawa oleh orang-orang fasiq.
3) Berkata Ibnu Arabiy: Sesiapa yang solat di belakang orang yang fasiq,wajib ke atasnya untuk mengulanginya secara bersembunyi,namun tidak digalakkan untuk meninggalkan solat di belakang imam yang tidak diredhainya.
4) WAJIB bertabayyun(memeriksa atau meneliti semula) khabar berita yang dibawa oleh orang fasiq.

Jikalau kita meneliti ayat ini,Allah tidak memerintahkan kita supaya tidak percaya secara total kepada orang fasiq,namun,Allah memerintahkan kita supaya mempercayai mereka,dengan syarat,MEMERIKSA dahulu kebenarannya. Andai khabar yang dibawa itu benar,alhamdulillah. Namun,jikalau khabar yang dibawa itu palsu,kita bimbang ianya hanya menjadi FITNAH. wana'uzubillahi min zalik.

No comments:

Post a Comment