Followers

Saturday, March 3, 2012

Syarat-syarat Takbiratul Ihram dalam Solat

Pada masa kini,ramai yang mengetahui apa itu solat,dan cara-ara mengerjakannya.Namun,perkara yang sering terlepas pandang oleh kita ialah perkara-perkara yang menjadi syarat-syarat sah iaitu sesuatu perkara yang menjadikan solat itu sah. Oleh itu,fuhaimi dalam post kali ini ingin memberitahu sahabat-sahabat fuhaimi agar sentiasa men'taslih'kan ataupun memperbaiki solat kita dari semasa ke semasa kerana pada solat itu mempunyai kemanisannya sendiri andai kita menghayatinya dan mempraktikkan ilmu yang kita ada. Syarat-syarat takbiratul ihram ini,fuhaimi terjemah daripada kitab nailu raja' iaitu syarah kepada kitab safinattunnaja. Dan kitab ini merupakan beraliran mazhab syafie. Maka bolehlah sahabat-sahabat fuhaimi sekalian mengamalkan apa yang fuhaimi post pada entri kali ini.

Syarat-syarat takbiratul ihram adalah 16:

1) Melakukan ia dalam keadaan qiam(berdiri) pada solat fardu
-takbiratuil ihram wajib dilakukan dalam keadaan berdiri pada solat fardhu. Jikalau tidak berdiri pada solat nafilah ataupun solat fardhu namun tidak mampu untuk berdiri,maka dibolehkan duduk.

2) Perlulah dalam bahasa arab

3) Perlulah menggunakan lafzul jalalah(Allah)
-jikalau ditukar dengan 'Ar-rahmanu akbar' ataupun 'Ar-rahimu akbar' maka tidak sahlah solatnya.

4) Perlulah menggunakan lafaz 'Akbar'
-jikalau menukarkan lafaz akbar dengan lafaz yang sama makna dengannya seperti A'zham(أعظم) maka tidak sah lah solatnya.

5) Perlu tertib antara dua lafaz
-jikalau d dahulukan akbar kemudian selepas itu Allah seperti 'Akbarullah'(أكبر الله),maka tidak sah solatnya.

6) Tidak boleh dipanjangkan hamzah pada lafzul jalalah(Allah)
-jikalau dipanjangkan hamzah pada kalimah Allah,iaitu (آلله أكبر) maka tidak sah solatnya kerana ia akan berubah maksud menjadi isim istifham iaitu 'Adakah Allah itu besar?'

7)Tidak boleh dipanjangkan ba' pada lafaz 'Akbar'
-jikalau dipanjangkan ba'( ألله أكبار),maka tidak sahlah solatnya. Sama seperti jika diubah baris hamzah pada lafaz 'akbar' menjadi baris fathah dan ba' nya dipanjangkan,maka berubahlah maksudnya menjadi 'gendang besar'. Dan jika hamzahnya diubah baris menjadi baris kasrah,maka ia berubah maksud menjadi salah satu daripada nama haid. Jikalau bertakbir sedemikian,maka boleh jatuh kafir lah ia.. wa'iyazubillah..

8)Tidak boleh ditasydidkan ba' dengan tanda syiddah
-jikalau disyiddahkan ba',maka tidak sahlah solatnya. Sepertimana yang d ketahui,tidak mungkin ditasydidkan ba' melainkan mengubah baris pada huruf 'kaf''

9) Tidak boleh ditambah dengan wau sakinah taupun wau mati di antara dua kalimah
-jikalau d tambah wau antara dua lafaz sama ada wau mati ataupun wau yang berbaris,contohnya,( اللهو أكبر) ataupun (الله و أكبر) maka tidaklah sah solatnya.

10)Tidak boleh ditambahkan wau sebelum lafzul jalalah(Alah)
-jikalau ditambahkan wau sebelum kalimah Allah,(و الله أكبر) maka tidaklah sah solatnya kerana tidak mungkin boleh diletakkan wau atof sebelum lafzul jalalah.

11)Tidak boleh berhenti sama ada dalam tempoh yang lama ataupun pendek antara dua lafaz
-tidak boleh berhenti dalam tempoh yang lama antara dua lafaz(contoh: menyebut Allah... 5 minit kemudian barulah menyebut 'akbar') maka ia tidak dibolehkan secara mutlak. Manakala berhenti dalam tempoh yang pendek dengan niat hendak memotong takbir,maka tidaklah sah solatnya.

12)Hendaklah didengari lafaz keseluruhan hurufnya
-perlulah diangkat suaranya agar didengari oleh dirinya sendiri keseluruhan huruf takbir tersebut. 

13) Yakin masuk waktu
-yakin masuk waktu bagi solat fardhu

14) Perlulah berada dalam keadaan menghadap kiblat

15) Perlulah menyebut setiap huruf dengan sempurna

16) Perlulah mendahulukan takbir imam dahulu kemudian makmum
-jikalau makmum mendahului imam dalam takbir,maka tidak sahlah solatnya.


No comments:

Post a Comment