Followers

Saturday, July 7, 2012

Warkah Cinta Seharum Aroma Syurga

            Hembusan angin lembut pekan Mu'tah yang mengusap-usap lembut wajahku seakan-akan memaksa diriku untuk terus mengelamun di atas bumbung rumahku. Bunyi sahrawi yang mengepuk debu kering itu bagaikan membawa gemersik simfoni alam yang berlagu riang menambahkan lagi kelenaanku dalam menyelami lamunan fatamorgana.
            "Hoi!! termenung jauh nampak" jeritan sahabatku,Zaki yang terlalu lantang sehingga bergema bumbung rumah itu mematikan lamunanku.
            "kau ni buat aku terkejut je la. Nasib baik aku takde sakit jantung. Lau tak,dah terkapai-kapai aku kat sini. Jenuh juga kau nak angkat aku p hospital nanti" jawabku sambil kebengangan.
            "Hahaha.. Aku tengok kau ni semenjak dua menjak ni selalu sangat dok termenung. Takkan la teringatkan Fiza kot." tanya Zaki sambil melirikkan mimik muka sindiran terhadapku.
           'Nurhafizah Binti Adnan', ataupun nama samarannya,Fiza, adalah watak heroin pertama yang pernah hadir dalam kisah hidupku. Aku tidak tahu kenapa aku menyukainya. Teringat aku oleh kata-kata seorang sahabat, "Jikalau engkau mencintai seseorang kerana dia mempunyai banyak harta,anda tidak mencintainya,namun anda mencintai hartanya,jikalau engkau mencintai seseorang kerana dia bijak,anda tidak mencintainya,namun anda kagum dengannya,dan jika anda mencintai seseorang kerana  anda tidak tahu kenapa anda mencintainya,maka itula cinta hakiki." Ya,aku rasa inilah cinta yang hakiki. Melihat dirinya sahaja sudah dapat menghilangkan resah di dada hatta melalui depan rumahnya sahaja pun dapat menggembirakan hatiku.Ada yang berpendapat wajahnya tidaklah secantik mana,namun,bagiku dialah yang paling indah bagi diriku. Aku sangat menyukai keperibadiannya. Sebelum kumengenalinya,aku dah selidiki semua maklumat mengenai dirinya. Ayahnya seorang pengetua sekolah,namun dia terlalu bersederhana dalam semua perkara. Mungkin itulah yang membuatkan hatiku terpaut padanya.
           "engkau ni merepek je la. Takde maknenye aku nak syok dengan minah tu" balasku.
           "Hahaha.. Fikri.. fikri.. aku kenallah kau siapa. Dari hari pertama kau bertentang mata dengan minah tu,kau da jatuh hati dengan dia kan? Aku kenal kau la Fikri. Semua awek syok sangat kat kau dulu,tapi kau tak pernah pun layan dorang. Tapi bila budak Fiza ni datang,kau da jadi tak tentu arah dah. Kita dah lama kawan la Fikri. Betul kan?? balas Zaki. Ya,memang benar. Tepat sungguh tekaan Zaki tu. Aku dah lama berkawan dengan Zaki sejak darjah 1 lagi. Dan dia memang sangat-sangat memahamiku. Segala gerak geri aku dia boleh cam. Dan aku dulu pernah selalu diusha oleh ramai wanita. Aku pun tak tahu kenapa. Namun,aku hanya buat tak tahu sahaja kerana aku masih belum berminat untuk meletakkan mana-mana wanita di hati ini. Segala rasa yang terbit dari hatiku untuk Fiza,kusembunyikan sedalam-dalamnya. Tiada siapa yang tahu mengenai perasaanku terhadap Fiza melainkan Zaki seorang. Zaki seorang yang amanah dalam menyimpan rahsia sebab itula aku sangat suka berkawan dengannya.

            Empat tahun berlalu dengan pantasnya. Pelbagai onak duri yang datang menerpa setiap langkah yang kususuri. Fiza selalunya akan menelefonku hampir setiap malam. Bukan untuk bergurau senda apatah lagi bermadu asmara beramah mesra denganku kerana aku dan dia juga pandai menjaga batas-batas pergaulan tapi dia selalu menelefonku untuk meminta bantuan "Muraqib"(di Jordan setiap wanita Melayu yang keluar perlu mempunyai seorang lelaki yang menjadi pemantau mereka setiap kali keluar selepas Maghrib untuk mengelakkan gangguan daripada orang arab). Kadangkala jika Fiza menelefon lelaki lain untuk bantuan muraqib,aku akan jadi cemburu. Aku takkan senang duduk. Walau sesibuk mana pun yang aku hadapi,aku akan luangkan juga sedikit masa untuk jadi muraqib Fiza. Ya,aku sangat-sangat kuat cemburu. Hatta lelaki mana pun yang bekerja dengannya berbual sekejap pun,aku akan jadi cemburu. Sebab itulah aku malas nak melayan mana-mana wanita dahulu. Aku takut kerana cemburu aku ini,boleh merosakkan akalku.


           Sehinggalah suatu masa,aku nampak Fiza berbual mesra dengan seorang lelaki berdua-duaan di hadapan mataku. Aku jadi sangat marah. Sehinggalah aku marah lelaki tu supaya jangan rapat dengan Fiza lagi di hadapan Fiza sendiri. Rupa-rupanya,lelaki itu adalah adiknya yang belajar di Mesir dan melawat kakaknya di Jordan. Aku betul-betul malu dengan tindakanku sendiri. Aku sangat-sangat menyesal akan tindakanku. Aku terus pulang ke rumah dan tutup mukaku dengan selimut. Malu yang dirasai betul-betul menguji diri. Akhirnya,aku menelefon Fiza untuk memohon maaf kepadanya. Namun,Fiza hanya membalasnya dengan ketawa kecil dan mengatakan bahawa aku nampak comel bila cemburu. Sekali lagi,mukaku merah padam dan cepat-cepat memutuskan talian. Aku amat malu bila dia tahu aku cemburu. Namun,aku merasakan bahawa dirinya juga merasakan apa yang kurasa. Di samping malu yang kutimpa,kurasa amat bahagia. 

            Hari terakhirku meninggalkan Mu'tah bumi tarbiyyah yang penuh kenangan ini InsyaAllah buat selamanya. Jikalau ada ruang dan peluang,ingin sekaliku menjengah sebentar melihat perubahannya. Hari ini aku sudah pun menjadi graduan Universiti Mu'tah.Setelah beberapa lama minggu aku berada di Kuala Lumpur,kampung halamanku,aku bertekad untuk memberitahu hasrat murniku kepada Fiza. Aku ingin menjadikannya bidadari hidupku dan InsyaAllah ingin menjadikannya bidadari di syurga kelak.Namun,aku rasa amat malu atas apa yang pernah terjadi antara aku dan dia dahulu. Atas dorongan dan sokongan daripada Zaki,aku beranikan jua. Aku berhubung dengannya kali ini melalui ruang chat di 'Facebook'. Setelah bertanya khabar dan sebagainya,aku pun memulakan langkahku.
                         Aku: sbnrnya sy ade bnde nak gtaw fiza ni..
                         Fiza: yeee
                        Aku: sbnrnya sy nak fiza jadi peneman sy dlm perjuangan dakwah islamiyyah ini dan           insyaAllah jadi peneman sy d syurga kelak.
                        Fiza: ya Allah,fikri.. Fiza xprnh lg terpkir hingga ke tahap tu.. urm.. Fiza nak ckp ape eh?
                        Aku: eh,xpe je.. sy pham yg fiza mmg xbersedia lg ke tahap tu..sy bknnye nak memaksa fiza menerima saya.. cume ckupla sy meluahkan apa yg terbuku di hati..
                        Fiza: urm, fiza pun xtaw nk ckp ape.. fiza lbh snang berkwn dgn fikri kot.. fiza suke ngan fikri,suke berbual dgn fikri suke berkwn dgn fikri..
                        Aku: xpela,kalau itu yg fiza nak,sy ok je.. tp sy akn tggu fiza smpi fiza bersedia menemani sy.

         Sejak hari itu,hatiku berbunga riang. Aku merasakan bahagia yang tak terhingga. Seolah-olah matahari yang menyinari bahang musim panas itu hanya sejuk terasa. Namun,ianya tidak lama. ianya hanya seketika. Suatu hari,aku cuba menelefon fiza untuk menanyakan khabarnya. Namun,berkali-kali kucuba menghubunginya,tidak ada yang mengangkat. Aku mencuba untuk ber'husnuzzon' dengannya. Setelah dua hari berlalu,perkara yang sama turut berulang. Aku menjadi semakin risau. Beberapa jam kemudian,Fiza menghantar mesej kepadaku.
               "erm,ok la fikri.. fiza nk gtaw yg sbnrnya fiza anggap fikri hnya sbagai kwn dan xlbh drpd itu.. fiza xprnh berniat utk upgrade hbgn ni.. lgpun,fiza da ada org yg menunggu fiza ni.. then,lau ade pape,juz sms me"
Yang kusangkakan panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengahari. Aku sangkakan dia pun rasa apa yang kurasa. Rupa-rupanya itu hanyalah khayalan semata. Aku jadi hilang arah. Aku pun menyendirikan diriku. Semua orang bertanya,kenapa diriku yang dahulunya selalu sahaja menghiburkan dan menceriakan orang lain tiba-tiba sahaja wajah masam mencuka.Aku tidak menjawab dan hanya berdiam diri sepanjang masa.Sehinggalah pelbagai penyakit pun kunjung tiba. Tiba-tiba aku teringat semula perbualan yang pernah berlaku beberapa bulan yang lalu.
                   "Fikri,saya pun tak tahu penyakit sebenar yang awak hadapi sebab segala peralatan canggih kami ini pun masih tak dapat 'detect' penyakit awak ni.Penyakit awak ni sangat ganjil.Mungkin risiko untuk awak hidup akan berpanjangan beberapa bulan lagi " kata doktor Hamid kepada aku. Aku terkesima. Tatkala aku menjalani pemeriksaan kesihatan ini,aku hanya pergi bersendirian tanpa ditemani sesiapa. Dahulunya,aku seorang yang kuat imunisasi badan. Sehinggakan demam panas yang datang dalam setahun,boleh dibilang. Kali ini berbeza. Aku kerap menghidapi penyakit dan kerap batuk-batuk. Kadangkala batuk itu juga mengeluarkan darah.
                   "takpela doktor. saya redha dengan apa yang terjadi. Alhamdulillah,Allah berikan aku petunjuk supaya saya dapat bertaubat lebih awal" dengn tidak semena-mena,titis mutiara mulai membasahi pipiku. Aku usaha untuk menyekanya agar doktor Hamid takkan perasan. Kemudian,aku pun meminta doktor Hamid supaya rahsiakan hal ini daripada sesiapa termasuklah mak dan ayahku. Dan dia pun setuju untuk merahsiakannya.
                  Kini,masjid seakan-akan menjadi rumahku. Aku berharap aku akan dapatkan habiskan sisa-sisa hidupku di rumah Allah ini. Aku akan bertaubat dengan sepenuh taubat hanya kepadamu ya Rabbal Jalil. Penyakitku semakin menjadi-jadi. Berat badanku menyusut secara mendadak dan selera makanku semakin berkurang.
                 Melewati usia senjaku yang tak lama lagi akan ditarik nyawaku menghadap Tuhan yang Maha Agung,aku menitipkan warkah terakhirku khas untuk mak ayah,Zaki,dan tidak dilupakan juga kepada Fiza. Terlalu banyak yang inginku pesan kepada mereka-mereka ini yang amat kusayang. Namun,keadaanku yang semakin parah membatasi. Dalam warkahku terhadap Zaki,aku berpesan kepadanya,jikalau aku sudah 'pergi',tolong berikan Mushaf Quranku yang berwarna ungu kepada Fiza. Dan didalamnya terdapat warkah juga untuknya.Kuletakkan semua warkah terakhirku di atas mejaku. Sejurus selepas menulis warkah itu,tubuhku semakin lemah. Tiada apa yang terpacul di bibirku melainkan kalimah syahadah. Semakin lemah tubuhku,semakin kugagahi berjalan ke masjid.
                 Akhirnya,pada rakaat kedua solat subuh di Masjid Syuhada',tubuhku telah kaku tatkala sujud menghadapNya. Nyawaku ditarik sebelum aku melunaskan solat subuhku yang terakhir. Terlalu banyak airmata yang menitis daripada pemergianku ini. Sejam selepas tersebarnya kematianku,akhirnya Fiza juga turut menghadiri pengebumianku. Ternyata dialah yang paling sedih.
                Kemudian,Zaki menghampiri Fiza. Tiada apa yang Zaki mampu ucapkan pada Fiza melainkan memberikannya Mushaf Quran kepunyaan aku. Ketika dia membuka mushaf itu,dia ternampak sehelai kertas terselit didalamnya. Dan Fiza pun membacanya.
           
               "Kutitipkan warkah terakhirku buat saudari NurHafizah Binti Adnan.Terlalu banyak yang ingin kusampaikan rintihan kalbuku untukmu kerana engkaulah wanita pertama yang pernah aku cintai.Maafkanlah saya Fiza kerana terlalu mendesakmu. Sungguh,saya xberniat melakukannya. Apa-apa pun,terima kasih kerana menjengah di hati saya walaupun sebentar. Terimalah Warkah Cinta Tuhanmu seharum aroma syurga ini sebagai tanda kenangan dari saya."

Bercucuran airmata Fiza membasahi warkah terakhir daripada aku. Kemudian,Fiza pun memberitahu Zaki.
              "Fiza sebenarnya belum ada lagi yang punya. Fiza memberitahu Fikri saya dah berpunya,kerana sahabat karib Fiza juga cintakan Fikri. Saya terpaksa melepaskannya agar sahabat Fiza dapat berkahwin dengan Fikri tapi Fikri sikit pun tak layannya. Fiza pun cintakan Fikri. Tapi semuanya dah terlambat." 

4 comments:

  1. Anonymous8/7/12 21:51

    got same story line with my short story but different a bit..btw,nice!

    ReplyDelete
  2. Anonymous9/7/12 00:16

    kenapa teda org komen mi???
    ahahahah XD

    #beshhh...blh d bukukan sdh ni buat novel

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks.. nanti lau ada masa,mmg berhasrat menerbitkan sebuah buku.. InsyaAllah.. ^_^

      Delete